KUALA LUMPUR: Seseorang pemimpin perlu mempunyai empati dan integriti bagi menyelesaikan masalah rakyat terutama dalam mengharungi kesukaran berdepan pandemik COVID-19 ketika ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menjelaskan, ia termasuk memberi perhatian dan tindakan kepada inisiatif bendera putih yang dilakukan rakyat.
Hussamuddin yang juga Ketua Pasukan Rasuah Busters berkata, seseorang pemimpin perlu mampu mewujudkan peluang-peluang baharu untuk negara dan dalam keadaan krisis, dan mereka mencari penyelesaian masalah yang paling kreatif.
"Contoh, nak jadi imam kena ada bacaan bagus, begitu juga pemimpin.. kena ada jiwa besar. Contoh, kalau saya pemimpin semasa orang keluar sibuk keluar bendera putih, saya takkan marah dengan orang itu. Saya tanya kenapa dan mungkin sistem agihan dan bantuan itu tidak sempurna.
"Jadi apa yang saya akan cakap, adalah bagus (tindakan itu). Rakyat sekurang-kurangnya sudah kreatif mengeluarkan satu cara berkomunikasi dan seorang pemimpin yang empati, dia ambil visi itu untuk selesaikan masalah.
"Jadi dengan sendirinya kalaulah seorang pemimpin yang ada empati, dia akan guna untuk galakkan semua orang yang susah keluarkan bendera putih, dan dia akan kerah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat misalnya untuk ke setiap rumah untuk membantu," katanya semasa program Leaders Speakeasy bersama Rizal dan Rozina bertajuk Integriti dan Empati Dalam Kepimpinan.
Hussamuddin juga kecewa kerana ketika rakyat sedang susah, negara dilihat terlalu berpolitik dengan parti-parti politik mengambil kesempatan menjatuhkan masing-masing.
Tegas beliau, ada pihak yang cuba menggunakan inisiatif bendera putih sebagai senjata politik.
Dalam masa sama, bagi kerajaan pula, ia tidak sepatutnya membiarkan mana-mana pihak mempolemikkan isu bendera putih sehingga menambah kebencian kepada kerajaan.
"Jadi, ada pihak yang gunakan ini sebagai senjata politik dan cuma di pihak kerajaan pula mereka tidak peka, sebab mereka rasa ini juga senjata politik yang harus dibunuh. Sepatutnya kalau ada empati, kerajaan jangan marah dengan inisiatif bendera putih ini, ia menyebabkan pembangkang merasakan ini peluang mereka tambah kebencian kepada kerajaan.
"Kalau pemimpin ada empati, dia akan guna (inisiatif) bendera putih ini untuk bantu orang susah, maka pembangkang takkan jadikan benda ini sebagai senjata politik dan mereka tak boleh berpolemik.
Sebagai rekod, melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada setiap ahli parlimen bagi program bantuan bakul makanan.
Selain itu, kerajaan turut melaksanakan bantuan bakul prihatin negara sebagai tindak balas proaktif terhadap senario dihadapi rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 membabitkan peruntukan RM21 juta.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga telah mengaktifkan Talian Kasih 15999 atau aplikasi Whatsapp 019 2615999 24 jam sehari kepada golongan yang memerlukan bantuan.
Rahimah Abdullah
Wed Jul 21 2021
Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, seseorang pemimpin perlu mampu mewujudkan peluang-peluang baharu untuk negara dan dalam keadaan krisis. - Foto Astro AWANI
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Pemain sayap kebangsaan dan juga Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.
HAWANA: Kuching jadi tumpuan 1,000 pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.